Tuesday, 13 November 2012
penggunaan ICT
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru
dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini, guru dapat mencari
maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran yang lebih baik
seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.Melalui penggunaan
alat ICT sebagai alat bantu mengajar, maka proses pengajaran dan pembelajaran
akan lebih menarik dan dan berkesan. contohnya menggunakan alat seperti
powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan
tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah,ringkas dan
padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik
serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan
bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan
gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment