Tuesday 13 November 2012

penggunaan ICT


Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini, guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran yang lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar, maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan. contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

Jing Si Aphorism



Di dunia ini, tidak ada satu jenis benda pun yang tidak akan
mengalami kerusakan dan tetap awet untuk selamanya.
- Kata Perenungan Master Cheng Yen -
 

In this world nothing remains forever.
- Jing Si Aphorism by Master Cheng Yen -
 
Di dunia ini, tidak ada satu jenis benda pun yang tidak akan 
mengalami kerusakan dan tetap awet untuk selamanya.
- Kata Perenungan Master Cheng Yen -
世間
沒有一樣東西
是永久不壞的。
~摘錄自證嚴上人靜思語~
In this world nothing remains forever.
- Jing Si Aphorism by Master Cheng Yen -

Sunday 28 October 2012

Multimedia Dalam Pengajaran

1.0 Pengenalan

Multimedia ialah satu perkataan yang sering kita dengar pada masa sekarang apabila kita memperkatakan tentang komputer, lebih-lebih lagi komputer dalam pendidikan. Sebenarnya, multimedia sudah lama digunakan dengan meluasnya dalam pendidikan, cuma istilah ‘multimedia’ tidak wujud sehingga beberapa tahun ini. Pada hakikatnya, teks, grafik, bunyi dan video sudah lama digunakan untuk mempersembahkan sesuatu konsep atau topik dalam sesuatu mata pelajaran. Sehingga awal tahun 90an umpamanya, video dan cakera laser masih luas dipergunakan di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat. Keadaan semakin berubah dalam dua tiga tahun ini di mana komputer menjadi semakin canggih dan sistem komputer itu dikatakan tidak lengkap tanpa pemacu cakera padat (pemacu CD-ROM).

Di dalam dunia teknologi maklumat pada masa sekarang di mana kita sering dihujani dengan maklumat yang begitu banyak, adalah amat penting bagi kita untuk menguruskan maklumat-maklumat ini supaya ianya memberi makna kepada kita. Jika tidak, maklumat ini tidak dapat digunakan untuk kebaikan kita dan tidak dapat memberi apa-apa manfaat kepada kita. Kita yang berada dalam dunia pendidikan perlulah melihat kepada penggunaan teknologi yang canggih dalam membentukkan sistem yang dapat membantu kita dalam memberi pengetahuan yang berguna kepada para pelajar kita. 
Dalam era multimedia ini, adalah lebih penting bagi kita untuk melihat kepada cara-cara penggunaan multimedia untuk bukan sahaja memberi pengetahuan yang lebih tetapi juga untuk menggerakkan minda pelajar supaya tercetusnya idea-idea baru yang akan memberi pengetahuan baru kepada mereka. Untuk menggunakan teknologi bagi tujuan-tujuan pendidikan dan latihan, amatlah penting bagi kita untuk memisahkan alat, iaitu sistem multimedia, dari kaedah persembahan maklumat yang terdapat pada sistem tersebut, iaitu hipermedia. Sesungguhnya kewujudan sistem yang canggih tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa jika ianya tidak menggunakan kaedah yang betul untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada penggunanya.

Istilah ‘multimedia’ digunakan dalam banyak perkara, seperti Sistem Maklumat Multimedia, komputer multimedia, perisian multimedia dan lain-lain lagi. Menurut Walter Oleksy (1995) dalam bukunya The Information Revolution: Education & Learning, ‘Multimedia adalah perkataan teknologi untuk perkakasan (hardware) dan perisian (software) yang membawa bersama-sama berjenis-jenis media teks, illustrasi-illustrasi, gambarfoto-gambarfoto, bunyi, suara, animasi dan video pada sebuah komputer’. Menurut Nor Iadah Yusop (1995) di ceramahnya yang bertajuk Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran , ‘Multimedia adalah kaedah penyebaran maklumat yang direkabentuk khusus untuk menggabungkan bunyi, gambar-gambar pegun dan bergerak, grafik, animasi, data dan teks bersama-sama dengan keupayaan interaktif sesebuah computer’. 

Dengan itu, multimedia adalah suatu teknik yang menggabungkan data, teks, gambar, grafik, animasi, bunyi dan video. Pada masa dahulu, komputer menyampaikan maklumat melalui teks. Sekarang, terdapat grafik dan gambar-gambar untuk menunjukkan sesuatu perkara dengan jelas. Malahan ia mampu menunjukkan pergerakan dan kesan bunyi. Teknologi multimedia yang mampu mengintegrasikan teks, grafik, animasi, audio dan video dalam satu persembahan sedang hangat diperkatakan pada masa kini. Ramai yang berpendapat multimedia mampu memberi kesan yang besar dalam bidang komunikasi dan pendidikan. Secara umum, multimedia merupakan perantaraan dalam pembelajaran yang mengkombinasikan teks, video, suara dan animasi dalam sebuah perisian komputer yang interaktif.

2.0 Kepentingan Bahan Bantu Belajar

Pelaksanaan bahan bantu belajar seperti Cakera Padat Pendidikan dilihat mempunyai beberapa kepentingan yang utama. Salah satu daripadanya ialah meningkatkan minat pelajar untuk mendalami sesuatu ilmu. Cakera padat interaktif seperti CD Rom Bahasa Melayu Darjah 2 adalah salah satu produk pendidikan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaannya yang bersifat interaktif mampu membentuk minat dan dorongan belajar kepada semua murid Tahun 2. Hasil penyelidikan yang dilakukan oleh Baharudin (2005) mendapati bahawa penggunaan teknologi dalam bilik darjah harus diberi keutamaan bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 

Penggunaan alat berteknologi seperti komputer, cakera padat interaktif dan bahan bantu belajar yang lain dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah alternatif yang produktif dalam proses perpindahan maklumat dan kemahiran. Selain itu, ekses guru dan pelajar dapat ditingkatkan melalui penggunaan komputer. Hal ini kerana penggunaan komputer dapat meningkatkan penyerapan maklumat kerana ia melibatkan media grafik bergambar, video dan sistem pemprosesan maklumat yang pantas dan teratur. Kelebihan ini membawa kepada pengatasian had masa dan ruang.

Kajian yang dilakukan oleh lapan orang pengkaji iaitu Rosen dan Weil (1995), Winnans dan Brown (1992), Dupagne dan Krendl (1992) serta Hadley dan Sheingold (1993), menerangkan bahawa kecanggihan komputer perlu dilengkapkan dengan pelbagai perisian yang berguna seperti “hardware” dan “software” yang dapat membantu guru meningkatkan kecekapan mereka dalam memaksimumkan proses memanipulasikan keupayaan komputer. Hal ini adalah untuk meningkatkan keyakinan serta memudahkan para guru untuk mencurahkan pengalaman mereka dan seterusnya membantu para pelajar untuk bersedia menggunakan komputer dan menerima proses pengajaran berlandaskan kepada bahan bantu belajar yang telah disediakan. 

Pedretti (1999) iaitu seorang pengkaji juga mempunyai pendapat yang hampir serupa seperti mana yang dinyatakan di atas. Menurut kajian yang dilakukannya telah menunjukkan bahawa guru yang bijak mengaplikasikan komputer dan bahan bantu belajar yang lain mampu membuat pelbagai pembaharuan dalam menjalankan tugasnya sebagai perantara keilmuan kepada sasarannya. Seterusnya seorang lagi pengkaji yang bernama Cox (1999), telah menyatakan bahawa guru-guru yang sering menggunakan komputer dan bahan bantu belajar yang lain dalam melaksanakan tanggungjawabnya dan mempunyai keyakinan yang tinggi dalam mengunakan ICT dan lain-lain bahan bantu belajar seperti projektor, LCT CD dan sebagainya. Hal ini adalah kerana mereka percaya bahawa penggunaan alat berteknologi seperti ini dapat meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menarik, mudah dan lebih seronok.

Daripada kajian yang telah dilakukan oleh beberapa orang pengkaji akademik jelas menunjukkan bahawa penggunaan komputer dan bahan bantu belajar seperti cakera padat interaktif pendidikan banyak memberikan manfaat dan kepentingan yang tidak hanya kepada pelajar secara keseluruhannya, malah turut memberikan manfaat kepada guru khususnya dalam aspek peningkatan kemahiran dan pengetahuan berkenaan dengan penggunaan komputer. 

3.0 Aspek Interaktif

Perisian dibina dengan tujuan untuk menghasilkan persekitaran kaya maklumat bagi memberi peluang kepada pelajar untuk ‘browse’ dan menjelajahinya. Terdapat banyak tajuk-tajuk CD-ROM di pasaran yang boleh digunakan untuk memperkayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam menggunakan pelbagai bentuk bahan bantu belajar terutamanya cakera dapat (CD) interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, CD tersebut perlu memiliki beberapa aspek interaktif bagi menjadikannya lebih efektif dan berguna dalam membantu pelajar untuk meningkatkan minat dan pengetahuan mereka terhadap bidang keilmuan. Oleh yang demikian, CR Rom Bahasa Melayu Tahun 2 dijadikan sebagai bahan kajian untuk melihat aspek-aspek interaktif yang ada dalam CD berkenaan. Ciri-ciri yang perlu ada dalam perisian kursus Multimedia dalam Pendidikan adalah seperti gambar, bunyi, suara, animasi, teks dan video. Keenam-enam elemen ini adalah perlu dalam menjadikan persekitaran pembelajaran menjadi lebih interaktif.

Gambar

Gambar atau grafik adalah salah satu elemen yang penting dalam sesebuah CD Rom pembelajaran interaktif. Unsur-unsur ini digunakan untuk menarik minat pelajar untuk mengetahui kandungan CD Rom tersebut. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh Zainorba (2005) ke atas pelajar Tahun 5 dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran dan tahap penguasaan membaca di kalangan respondan. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan kad imbas suku kata sebagai bahan kajian dan telah menggariskan tiga objektif utama yang ingin dicapai seperti mana yang tersenarai di bawah:-

1. Mengenal pasti fokus terhadap permasalahan dan mengenal pasti kaedah penggunaan kad suku kata sebagai bahan sumber yang sesuai digunakan bagi mengatasi masalah.
2. Merangka dan melaksanakan tindakan mengatasi kelemahan membaca murid melalui latih tubi dengan menggunakan kad suku kata.
3. Menilai kebekesanan penggunaan kad suku kata sebagai bahan sumber dalam meningkatkan kemahiran membaca.

Daripada ketiga-tiga objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji ini, maka hasil atau dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa kemampuan membaca dapat ditingkatkan hanya dalam masa lima hari kajian dilaksanakan. Dalam erti kata lain, penggunaan kad imas suku kata yang mempunyai unsur-unsur gambar dan grafik dalam meningkatkan kemahiran membaca pelajar hanya dalam masa limas hari sahaja. Oleh yang demikian, unsur grafik seperti ini akan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan pengetahuan dan minat belajar mereka. 

Berdasarkan kepada CD Rom Bahasa Melayu Tahun 2 yan dikaji, CD pembelajaran ini banyak mengandungi unsur-unsur grafik yang tidak hanya terdiri daripada grafik statik. Sebaliknya turut mengandungi grafik-grafik yang bergerak. Contohnya seperti penggunaan unsur ‘burung yang hinggap di dahan pokok’ yang boleh bergerak dan terbang seperti mana yang terdapat dalam CD pembelajarn tersebut. Kelebihan yang terdapat dalam CD Rom ini adalah penggunaan pelbagai bentu grafik seperti haiwan, komik, tumbuhan dan sebaginya dengan pelbagai warna dan corak yang menghiburkan. Secara keseluruhannya, penggunaan elemen grafik dalam CD Rom adalah baik dan mampu membentuk minat dan merangsang minda pelbelajaran murid-murid.

Bunyi, Suara dan Muzik

Unsur bunyi adalah antara aspek yang boleh menggambarkan keinteraktifan sesebuah media mengajar. Kajian yang dijalankan oleh Wan Noraini mengenai integrasi multimedia dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Daripada analisis yang dijalankan oleh beliau mandapati bahawa menyelitkan unsur bunyi-bunyian, suara dan muzik. Dalam kajian beliau, kesemua unsur ini adalah suatu yang dapat merangsang minda dan perkembangan murid dalam mempelajari sesuatu. Dalam pada itu, 24% daripada keseluruhan respondan yang dikaji juga menyatakan bahawa mereka tahu merakan suara menerusi penggunaan komputer dan cakera padat. Dalam erti kata yang lain, kepentingan ketiga-tiga unsur ini iaitu bunyi, suara dan muzik adalah antara aspek penting dalam membentuk sebuah cakera padat interaktif yang dapat membantu pelajar dalam meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka terhadap sesuatu ilmu pembelajaran. 

Berdasarkan kepada CD Rom Bahasa Melayu Tahun 2 yang dikaji, ketiga-tiga elemen ini turut terkandung dalam cakera padat pembelajaran tersebut. Unsur bunyi meliputi bunyi haiwan yang dimuatkan dalam CD terseut seperti bunyi burung, sungai dan sebagainya. Sementara itu, unsur suara juga terkandung dalam CD berkenaan. Contohnya unsur suara yang terkandung dalam CD berkenaan ialah ‘selamat datang ke pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Sekolah Kebangsaan’ yang disuarakan apabila permulaan pembelajaran sebelum pelajar dikehendaki memasuki ke bahagian yang seterusnya. Contoh lain ialah pengeluar memasukkan suara yang menerangkan arahan kepada soalan. Contohnya ‘klik butang bunyi untuk mendengar petikan’ yang dimasukkan dalam ruangan soalan. Apabila pelajar mengikuti arahan ini iaitu dengan menakan butang ‘bunyi’, maka CD tersebut akan menceritakan atau menyebutkan petikan cerita sebelum mengkehendaki pelajar menjawab soalan yang diberikan. 

Selain daripada unsur suara dan bunyi, CD ini juga turut mengandungi unsur muzik di mana muzik akan kedengaran bermula daripada permulaan frame hingga ke frame yang terakhir. Walau bagaimanapun, wujud masalah apabila muzik yang dimasukkan menenggelamkan suara. Dalam erti kata lain, muzik yang dimasukkan dalam CD ini adalah lebih kuat berbanding unsur suara yang akan memberikan arahan kepada pengguna, membacakan soalan-soalan, menceritakan petikan gambar dan seagainya. Keadaan ini menyebabkan pengguna akan mengalami untuk mendengar dengan jelas setiap ungkapan suara yang keluar daripada CD berkenaan. Oleh yang demikian, pihak pengeluar sepatutnya mengurangkan nada muzik dan meninggikan nada suara agar pengguna boleh mendapat manfaat daripada CD pembelajaran tersebut.

Gerakan atau Animasi

Animasi dan gerakan adalah ciri interaktif yang wujud dalam CD Rom Bahasa Melayu Tahun 2 yang dikaji. Salah satu animasi yang wujud dalam CD tersebut ialah dalam tajuk ‘Keluarga Aisyah’ di mana wujud perbualan antara ahli keluarga Aisyah. Selain daripada perbualan tersebut, Aisyah. Ibu, bapa dan adiknya turut menunjukkan beberapa gerakan seperti Aisyah berjalan, ibu Aisyah yang sedang menjahit, ayah Aisyah yang sedang menonton televeisyen dan adik Aisyah yang sedang bermain. Pergerakan atau animasi yang diselitkan dalam CD membawa pelajar seperti menonton sebuah cerita komik dalam televisyen. Dalam erti kata lain, pelajar seolah-olah sedang mengikuti satu cerita komik walaupun pada hakikatnya mereka sedang belajar. Penekanan konsep seperti ini adalah selaras dengan matlamat pembelajaran pada peringkat awal itu berhibur sambil belajar di mana hiburan adalah elemen pertama dalam menarik minat belajar pelajar. 

Animasi lain yang turut dimuatkan dalam animasi ini ialah pergerakan burung yang memberikan arahan kepada pelajar berkenaan dengan sesuatu topik. Contohnya dalam topik ‘Keluarga Aisyah’. Sebelum pelajar dapat mengikuti perbualan antara ahli keluarga Aisyah, burung dalam CD ini yang disuarakan dengan suara manusia akan memberikan arahan kepada pelajar untuk melakukan sesuatu tindakan iaitu menekan butang ‘suara’ bagi mengikuti perbualan antara ahli keluarga Aisyah. Dalam keadaan ini, peranan burung tersebut adalah seperti seorang pendidik dalam memberikan arahan kepada pelajar. Penggunaan haiwan seperti burung ini bertujuan untuk merangsang tindakan kanak-kanak kerana sifat mereka yang sukakan kepada haiwan seperti burung. Daripada ciri-ciri gerakan dan animasi ini, jelas menunjukkan bahawa CD pembelajaran ini sangat menitik beratkan elemen-elemen hiburan seperti komik yang menjadi ikutan dan minat kepada kebanyakan kanak-kanak.

Teks

Antara elemen lain yang wujud dalam CD Rom Bahasa Melayu Tahun 2 ini ialah kandungan teks yang ringkas dan mudah untuk difahami oleh pelajar. Sifat teksnya yang sederhana juga membolehkan pelajar melihatnya dengan jelas. Dalam pada itu, teks yang dimuatkan dalam CD ini juga mempunyai pelbagai warna dan bentuk. Pencirian teks yang pelbagai ini dan berwarna warni ini membuktikan bahawa pengeluar sangat mementingkan keceriaan kerana aspek-aspek seperti ini akan memberikan satu suasana pembelajaran yang ceria dan menghiburkan tanpa memberikan sebarang tekanan kepada pelajar dalam menuntut ilmu.

Video

Untuk menjadikan sesebuah CD pembelajaran interaktif itu menjadi lebih menarik dan menghiburkan, unsur video juga sepatutnya dimuatkan dalam sistem pembelajaran interaktif tersebut. Walau bagaimanapun, dalam CD Rom Bahasa Melayu Tahun 2 yang dikaji, tidak terdapat satu pun elemen video. Video adalah tayangan yang dirakam daripada satu situasi sebenar dan dimutkan dalam CD pembelajaran sebagai suatu perkara yang boleh membawa pelajar kepada alam realiti kehidupan. Walaupun pelajar sedang belajar, namun sesuatu video yang dimuatkan dalam sesuatu CD pembelajaran akan memberikan motivasi kepada untuk mengikuti tau mencontohi nilai-nilai moral yang terdapat dalam video tersebut. Adalah menjadi sifat kanak-kanak untuk menjadikan sesuatu watak itu sebagai ikutan mereka seperti mana watak-watak komik yang dipertontonkan di kaca televisyen. Dengan memasuki elemen video ini ke dalam CD pembelajaran, ianya akan lebih menyeronokkan pelajar untuk menuntut ilmu dan mempelajari setiap kandungan CD pembelajaran tersebut.

4.0 Kesimpulan

Harga komputer yang semakin menurun dengan keupayaan yang sentiasa dipertingkatkan memungkinkan komputer digunakan secara lebih meluas terutamanya dalam bidang pendidikan. Memiliki teknologi yang betul merupakan salah satu dari keperluan untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Namun, yang lebih penting ialah kefahaman tentang bagaimana media baru dapat digunakan secara efektif untuk memberikan idea-idea baru bagi mempersembahkan bahan-bahan pembelajaran yang membolehkan pelajar dimotivasikan untuk menjelajah isi pelajaran yang seterusnya memperkayakan proses pembelajaran. 

Teknologi maklumat bersifat dinamik dan sentiasa berkembang dengan pesatnya. CR Rom juga adalah satu contoh teknologi yang sedang melalui era perkembangan. Memang tidak dapat dinafikan mempunyai potensi yang besar dalam sistem pendidikan ketika ini. Menerima kehadiran teknologi multimedia ini tidaklah mencukupi tanpa mempraktikkannya. Oleh itu, untuk sama-sama memanfaatkannya, kita perlu sentiasa mengikuti berbagai latihan dan kursus yang berkaitan untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran seiring dengan perkembangan tersebut.

Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang efektif, guru boleh menggunakan perisian aplikasi berbentuk multimedia dalam bilik darjah. Guru perlu mempunyai kemahiran untuk menilai, memilih, mengolah dan melaksanakan aktiviti yang berkaitkan dengan multimedia dengan berkesan. Perancangan teliti adalah perlu kerana sebenarnya kelebihan multimedia bukan terletak semata-mata kepada teknologinya, tetapi sebenarnya adalah kepada kreativiti dan usaha guru itu sendiri. Walau bagaimanapun, kerjasama dan sokongan semua pihak adalah merupakan penentu kepada sebarang implementasi projek komputer. Guru perlu memperlengkapkan diri dengan sentiasa mengikuti perkembangan semasa teknologi maklumat.

Bibliografi

Baharudin Husin (2005). Kesediaan Guru Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah Daerah Pasir Putih. Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Kebangsaan 2005, Kota Kinabalu, 1-3 Ogos, Anjuran Bahagian Pendidikan Guru

Nani binti Menon (2001). Pengajaran dan Pembelajaran Awalan Sains dan Penerapan Pemikiran Saintifik dalam Pendidikan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Universiiti Malaysia Putera Malaysia. Selangor

Nor Iadah Yusop (1995). Ceramah yang bertajuk Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. IPDA, Jitra

P. A. Brett dan M. Nash (1998). Multimedia Language Learning Courseware: a design Solution ti the production of a series of CD-ROMs. Journal of Computer and Education. 32. 19-33.

Walter Oleksy (1995). The Information Revolution: Education & Learning. Facts On File, Inc, New York

Wan Noraini binti Wan Daud (2005). Kemahiran Komputer Guru-guru Sains dan Matematik. Universiti Kebangsaan Malayisia

Pembelajaran Berbantukan Komputer

Pembelajaran Berbantukan Komputer